Pelan Haji (Mabrur)

Pelan Haji & Umrah (Mabrur)

Pelan Haji & Umrah ini merupakan satu Kerjasama dan Usahasama dengan pihak tabung haji bagi merealisasikan impian rakyat malaysia untuk menunaikan haji & Umrah.

Sempurnakan Rukun Islam Ke 5 

Haji merupakan salah satu rukun Islam yang melengkapkan kita untuk bergelar seorang islam yang taat pada perintah dan ajaranNya. Namun kini terdapat pelbagai masalah untuk individu menunaikan haji yang mabrur antaranya adalah :

1) Menunggu masa yang lama untuk mendapat peluang mengerjakan haji Kemungkinan 50 tahun dari tarikh mendaftar. kalau daftar waktu baby umur 50 dapat la tunaikan haji.kalau daftar haji umur 40 tahun maka umur 90 la menunaikan haji. tu pun kalau sempat atau larat lagi..

2) Simpanan tak mencukupi, ada yang menghadapi masalah macam ini sebab sementara menunggu giliran haji tiba-tiba diri dilanda musibah contohnya rumah terbakar,sakit dan bermacam-macam lagi yang menyebabkan orang terpaksa keluarkan duit walaupun sampai giliran dipanggil ke tanah suci.

3) Merasakan umur masih panjang dan menangguhkan tuntutan haji. Bila terjadinya umur tak panjang waris perlu untuk menunaikan haji dengan melaksanakan badal haji. Dengan menyimpan di etiqa anda sentiasa dilindungi dan ada badal haji sekiranya tak kesampaian.

Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.


Manfaat Utama
  • Mula tambahkan simpanan anda

  • Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.

                   Jadual merupakan ilustrasi bagi pembiayaan asas untuk pelan Mabrur
                   
                  * Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%.

                  Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

                • Manfaat Matang

                • Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta
                  Contoh  : 
                  Ali berusia 25 tahun mencarum di etiqa takaful  
                  Bayaran caruman adalah : Rm 180 Sebulan sehingga 30 tahun
                  Ketika matang ali akan menerima Rm 68555 di dalam akaun etiqa + Rm43536 di dalam tabung haji.jumlah Rm11808.42 ( Yang ni cuma beranggapan 4.87% dividen etiqa tapi sebelum2 ni etiqa punya dividen purata 6-7% ) So duit matang dalam etiqa akan jadi lagi banyak.
                   Sepanjang menyimpan di etiqa sekiranya umur ali tak panjang atau excident n lumpuh waris ali akan terima duit sebanyak Rm13500+ duit di tabung pelaburan Etiqa + duit dalam tabung haji ali.
                  Untungnya ali sentiasa dilindungi dan dapat manfaat sekiranya dia melaksanakan haji dalam tempoh 30 tahun tu .Bini dan anak-anak ali tak perlu meminta2 pada saudara mara,masuk tv3 atau surat kabar sebab dah tak de pendapatan bila tiba2 ali meninggal dunia. Walaupun dah tak de kat dunia ni ali dapat gak haji sebab etiqa bagi perlindungan badal haji. So tertunai lah rukun islam ke 5 untuk ali.
                  Kalau ali menyimpan terus ke dalam tabung haji then tahun ke 10 umur dia tak panjang.duit dalam tabung haji ali akan pergi ke amanah raya untuk setelkan hutang2 ali. isterinya perlukan kos nak ulang alik tabung haji@amanah raya. sedangkan ali dah tak de. terpaksa la bini dia pinjam duit jiran,sedara mara.pastu kena tunggu pulak sehingga 3-12 bulan untuk dapat duit tu. Anak2 ali nak makan,duit keta nak kena bayar,sedara mara jauh pastu segan lak nak mintak. sedara mara pulak dah rasa tak sedap je bini ali ni asyik pinjam duit sedangkan masing2 ada tanggungan.
                  Tinggalkan lah isteri dan keluarga dengan harta supaya mereka tidak meminta2.

                Perlindungan Komprehensif
                • Manfaat Kematian

                • Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.
                • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

                • Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.
                • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

                • Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
                • Manfaat Badal Haji

                • Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.
                • Elaun Haji dan Umrah*

                • Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Rm 1000 Untuk mengerjakan umrah.

                • Manfaat Ihsar*

                • Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.
                • Elaun Penjagaan Anak*

                • Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

                  * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar 
                Bagi pemilik pelan mabrur ni anda boleh menambah baik pelan anda dengan menambah rider seperti
                * Medical Card
                * Elaun Penghospitalan
                * Manfaat kemalangan
                * Manfaat sakit kritikal
                dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu,

                Untuk simpanan haji umrah anda boleh memilih untuk menyimpan dalam tempoh 20 tahun atau 30 tahun.

                Sila hubungi saya untuk sebutharga / Quoatation.
                Sila Hubungi saya, saya sedia membantu
                Kamarul Farid Bin Kassim
                Financial Advisor Etiqa Takaful.
                0126048152
                Whatapps (Klik Je)
                Financial Advisor etiQa Takaful

                5 ulasan:

                1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

                  BalasPadam
                2. Assalamualaikum,
                  Sy nak tanya. Sy amik pelan mabrur iaitu pada umur 21 tahun. Bila sy tgok jadual sumbangan berdasarkan umur, kenapa sy kena bayar lebih dari sepatutnya. Mohon penjelasan pihak tuan.

                  BalasPadam
                3. BERAPA NILAI AGREGAT HUMK DALAM PLAN MABRUR SAYA INI.

                  BalasPadam
                4. Penyata plan mabrur saya tidak pernah dihantar.

                  BalasPadam